Wednesday, April 16, 2014

Bengkel Kedua Filem Pendek

Bertempat di makmal komputer SKBI hari ini, ahli kelab fotografi memulakan sesi kedua pembikinan filem pendek yang telah berlangsung hampir 3 minggu. Turut serta dalam program ini adalah ahli-ahli dari kelab komputer yang berkongsi idea dan kepakaran dalam menjana paparan visual dan jalan cerita.

Menurut guru penasihat kelab fotografi, En. Norazrin Abd Razak, program ini mendapat sambutan yang amat baik dari kalangan ahli. Apa yang menjadi keutamaan dalam program ini adalah murid dapat meluahkan isi hati dan percambahan idea melalui rangkaian cerita dan rentetan pengalaman yang digabungjalin menjadi sebuah karya yang menarik. Idea yang ditonjolkan murid amat bernas, cuma masa dan kemahiran yang ada pada mereka dalam menggunakan perisian audio visual dan sebagainya amat terhad. Justeru, tunjuk ajar dan bimbingan dari guru dan beberapa rakan yang mahir amat diperlukan.




Wednesday, April 2, 2014

KLINIK PEMBIKINAN VIDEO PENDEK

Kelab Fotografi hari ini telah mengadakan klinik pembikinan video pendek kepada ahli-ahlinya. Bertempat di Makmal Komputer SKBI, seramai 29 murid telah menghadirinya.

Tujuan kelab mengadakan program ini adalah untuk mengisi masa kokurikulum sekolah di samping untuk mendedahkan ahli kepada teknik dan cara pembikinan video pendek. Difahamkan bahawa mana-mana video yang dihasilkan nanti akan dihantar ke pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diadili. bakal pemenang akan membawa pulang wang tunai dan beberapa hadiah iringan dan sijil penyertaan.